SOLAT QIYAM AL-LAIL (TAHAJJUD)
APA ITU SOLAT TAHAJJUD DAN DALIL YANG MENSYARI’ATKANNYA
Amalan solat sunat yang paling utama di
sisi Islam adalah solat Tahajjud. Ini sebagaimana sabda Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ.
وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ.
Maksudnya:
Puasa yang paling utama setelah puasa
Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sedangkan
solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam (Tahajjud). - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya,
Kitab al-Shiyam, no: 1163.
Tahajjud terbentuk dari kata dasar hajjada yang
bererti tidur dan tahajjada bererti berjaga. Maka katatahajjadtu bermaksud
saya telah membuang jauh perasaan ingin tidur dari diri saya.
Menurut
al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani rahimahullah:
Imam
al-Thabari berkata: “Tahajjud adalah berjaga setelah
tidur terlebih dahulu.”… Ibnu Faris berkata: “Al-Mutahajjid bermaksud
orang yang solat di malam hari.” Sedangkan al-Kurra’ menyatakan: “Tahajjudadalah
solat malam secara khusus.” – Rujuk kitab al-Hafidz
Ibnu Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 203.
Oleh itu solat Tahajjud adalah solat sunat yang dikerjakan
pada waktu malam iaitu setelah mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk waktu
solat Subuh. Namun begitu waktu yang paling utama untuk dilaksanakan
solat Tahajjud itu adalah sepertiga malam yang terakhir (iaitu
dari pukul 3.00 pagi sehingga masuk waktu subuh). Solat sunat Tahajjud ini
kebiasaannya digandingkan dengan solat sunat Witir sebagai
penutupnya.
Dalil disyariatkan solat Tahajjud ini adalah sebagaimana
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ
رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
Maksudnya:
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu
malam serta kerjakanlah "solat Tahajjud" padanya, sebagai solat
tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat
di tempat yang terpuji. - al-Israa’ (17) : 79
Di dalam kitab al-Majaz oleh Abu Ubaidah disebutkan: “Firman-Nya “kerjakanlah solat Tahajjud padanya” bermaksud
berjagalah pada malam hari untuk melakukan solat.” – Rujuk kitab al-Hafidz Ibnu Hajar
al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 202.
Dalil solat Tahajjud lebih utama dilakukan pada sepertiga
malam terakhir disandarkan kepada sabda Rasulullahshallallahu ‘alaihi
wasallam:
يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ
الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ.
يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ
مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ.
Maksudnya:
Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada
setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam yang akhir. Allah
berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku akan mengabulkannya; siapa
yang meminta kepada-Ku, nescaya Aku akan memberinya; siapa yang memohon ampun
kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampunnya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab
at-Tahajjud, no: 1145.
Selanjutnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam juga
bersabda:
أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الرَّبُّ مِنْ الْعَبْدِ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ الآخِرِ
فَإِنْ اسْتَطَعْتَ
أَنْ تَكُونَ مِمَّنْ يَذْكُرُ اللَّهَ فِي تِلْكَ السَّاعَةِ فَكُنْ.
Maksudnya:
Saat yang paling dekat di antara Allah dan hamba-Nya
adalah pada tengah malam terakhir, apabila kamu boleh menjadi sebahagian
daripada mereka yang mengingati Allah pada saat itu maka lakukanlah. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi
dalam Sunannya, Kitab al-Da’waat, no: 3503.
Ternyata ibadah yang di dalamnya terdapat doa-doa, zikir-zikir,
permintaan-permintaan dan permohonan ampun adalah solat. Maka selayaknya solat
yang paling utama setelah solat fardu ini dilaksanakan pada sepertiga malam
yang akhir.
JUMLAH RAKAAT SOLAT TAHAJJUD
Secara
umumnya solat Tahajjud ini boleh dilakukan dengan dua
rakaat-dua rakaat dan ianya tidak mempunyai batasan jumlah rakaat yang
maksimum. Malah ianya juga boleh dilaksanakan dengan hanya satu rakaat solat
sunat witir.
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar radhiallahu’ anhuma, dia berkata:
إِنَّ رَجُلاً قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ صَلاَةُ اللَّيْلِ.
قَالَ: مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا خِفْتَ الصُّبْحَ فَأَوْتِرْ بِوَاحِدَةٍ.
Maksudnya:
Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah,
bagaimanakah solat malam? Baginda bersabda: Dua-dua (rakaat), apabila engkau
khuatir (masuk waktu subuh), maka laksanakan solat witir satu rakaat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab
at-Tahajjud, no: 1137.
Namun
begitu jumlah rakaat yang paling utama adalah dengan tidak melebihkannya dari
sebelas atau tiga belas rakaat kerana jumlah ini adalah sebagaimana yang
kebiasaannya dikerjakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
Daripada
‘Aishah radhiallahu’ anha, dia berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي
بِاللَّيْلِ إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُوتِرُ مِنْهَا بِوَاحِدَةٍ.
Maksudnya:
Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam solat malam pada waktu setelah selesai Isyak sampai terbit fajar
sebanyak sebelas rakaat dengan salam setiap selesai dua rakaat, lalu berwitir
dengan satu rakaat. - Hadis riwayat Imam
Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa
Qashruhaa, no: 736.
Daripada
‘Aishah radhiallahu’ anha, dia berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ
ثَلاَثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْهَا الْوِتْرُ وَرَكْعَتَا الْفَجْرِ.
Maksudnya:
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam biasa
solat pada malam hari tiga belas rakaat termasuk witir, dan dua rakaat solat
fajar (sunat Qabliyah Subuh). - Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no:
1140.
Abu
Salamah radhiallahu’ anh pernah bertanya kepada ‘Aishah radhiallahu’
anha tentang solat malam Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam pada bulan Ramadan. Maka ‘Aishah menjawab:
مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي
رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً
يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ
يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ.
ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا.
Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya,
melebihi sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan
akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan
kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga
rakaat (witir). - Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dalamShahihnya, Kitab at-Tahajjud,
no: 1147.
Hadis di
atas ini menunjukkan bahawa solat Tahajjud ini juga boleh
dikerjakan secara empat rakaat-empat rakaat. Ianya boleh dikerjakan sebagaimana
tatacara solat fardu yang empat rakaat iaitu dengan dua tahiyyat serta
satu salam
Sekiranya Nabi s.a.w mengerjakan
solat Tahajjud dengan tidak melebihkannya dari sebelas atau
tiga belas rakaat, adakah diperbolehkan bagi kita semua mengerjakannya dengan
jumlah rakaat yang mengatasi jumlah rakaat yang dilakukan oleh Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam? Menurut Syaikh Kamal bin al-Sayyid Salim:
Majoriti ulamak –baik daripada kalangan salaf mahupun
khalaf- justeru berpendapat diperbolehkan untuk menambah bilangan rakaat Qiyam
al-Lail melebihi sebelas rakaat walaupun mereka tetap
menyatakan bilangan sebelas rakaat adalah bilangan yang disunnahkan. Al-Qadhi
Iyadh berkata:
Tidak ada perbezaan di kalangan para ulamak bahawa
tidak ada batasan yang dilarang, baik untuk menambah atau mengurangkan dalam
masalah ini (jumlah bilangan rakaat Qiyam
al-lail). Solat adalah satu bentuk ketaatan yang
setiap kali bertambah jumlah bilangannya, maka pahalanya pun bertambah. Isu
yang menjadi perselisihan adalah hal yang berkenaan dengan perbuatan Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam dan apa yang telah baginda pilih untuk dirinya. Wallahu
a’lam.
Ibnu ‘Abdul Barr dalam kitab al-Tamhid berkata:
Tidak ada perbezaan pendapat di kalangan umat Islam
bahawa tidak ada batasan tertentu untuk solat malam. Solat ini adalah salah
satu perbuatan sunnah dan kebajikan, sesiapapun boleh melakukannya sedikit dan
boleh memperbanyakannya.
Aku (iaitu Syaikh Kamal) katakan: Hal ini menunjukkan
bahawa pendapat inilah yang kuat. - Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim bertajuk Shahih Fiqh
as-Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih Madzahib al-A’immah, jilid 1, ms. 653.
TATACARA RINGKAS MENGERJAKAN SOLAT TAHAJJUD
A) Tatacara Solat
Tahajjud Dua Rakaat
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk
mengerjakan solat Tahajjud
2) Takbiratul
Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pertama dari
nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Ulangilah solat dua rakaat ini sebanyak mana yang disukai dan diakhirkan
dengan solat Witir. Hanya sahaja yang afdal adalah mencontohi
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mengerjakan
solat Qiyam al-Lail ini (yakni solatTahajjud dan Witir)
tidak melebihi sebelas atau tiga belas rakaat.
B) Tatacara Solat
Tahajjud Empat Rakaat
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk
mengerjakan solat Tahajjud
2) Takbiratul
Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pertama dari
nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat awal
3) Bangun untuk rakaat ketiga
Rakaat Ketiga
1) Ulang seperti rakaat pertama dari
nombor (4) hingga (10)
2) Bangun untuk rakaat keempat
Rakaat Keempat
1) Ulang seperti rakaat pertama dari
nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Ulangilah solat empat rakaat ini sebanyak mana yang disukai dan diakhirkan
dengan solat Witir. Hanya sahaja yang afdal adalah mencontohi
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mengerjakan
solat Qiyam al-Lail ini (yakni solatTahajjud dan Witir)
tidak melebihi sebelas atau tiga belas rakaat.
BEBERAPA SUNNAH DALAM MELAKSANAKAN SOLAT TAHAJJUD
q Niat Untuk Mengerjakan Solat Tahajjud Sebelum
Tidur
Adalah disunatkan untuk tidur terlebih dahulu sebelum mengerjakan
solat Tahajjud. Oleh itu bagi mereka yang hendak melaksanakan
solat Tahajjud, hendaklah dia berniat sebelum tidur bahawa dia akan
melaksanakan solat tersebut. Sekiranya seseorang itu telah berniat namun dia
gagal untuk terjaga dari tidurnya bagi mengerjakan solat Tahajjud,
maka Allah Subhanahu wa Ta’ala tetap akan mengurniakan pahala
solat Tahajjud tersebut. Sabda Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam:
مَا مِنْ امْرِئٍ تَكُونُ لَهُ صَلاَةٌ بِلَيْلٍ فَغَلَبَهُ عَلَيْهَا نَوْمٌ
إِلاَّ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَجْرَ صَلاَتِهِ
وَكَانَ نَوْمُهُ صَدَقَةً عَلَيْهِ.
Maksudnya:
Sesiapa yang (berniat) akan mengerjakan
solat malam, lalu tertidur, Allah pasti menulis untuknya pahala solat malam dan
tidurnya merupakan sedekah untuknya. - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, KitabQiyam
al-Lail, no: 1763.
q Cara Untuk Menghilangkan Mengantuk
Apabila terjaga dari tidur untuk melaksanakan solat Tahajjud hendaklah
berusaha untuk menghilangkan perasaan mengantuk dari wajah dengan bersugi atau
menggosok gigi dan setelah itu mengucapkan zikir La ilaha illallahu
wahdahu la syarikalahu lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli shayin qadir
alhamdulillah wa subhanallah wa la ilaha illallah wallahu akbar wa la haulawala
quwwata illa billahi. Allahummaghfirli. Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ تَعَارَّ مِنْ اللَّيْلِ فَقَالَ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ
لاَ شَرِيكَ لَهُ.
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.
الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ
أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ.
ثُمَّ قَالَ: "اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي" أَوْ دَعَا اسْتُجِيبَ لَهُ
فَإِنْ تَوَضَّأَ وَصَلَّى قُبِلَتْ صَلاَتُهُ.
Maksudnya:
Barangsiapa terbangun pada malam hari lalu
mengucapkan: Tidak ada Tuhan yang disembah kecuali Allah semata, tiada sekutu
bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan untuk-Nya segala pujian, dan Dia berkuasa atas
segala sesuatu. Segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah, Tiada Tuhan yang
berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar. Dan tidak ada daya serta
kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Kemudian diucapkan: “Ya Allah
ampunilah aku” atau dia berdoa nescaya akan dimakbulkan untuknya. Apabila dia
berwuduk nescaya diterima solatnya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud,
no: 1154.
Satu cara lagi untuk menghilangkan perasaan mengantuk adalah sebaik sahaja
bangun dari tidur hendaklah kita mengusap wajah kita lalu membaca sepuluh ayat
terakhir dari surah ‘Ali Imran.
Dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh, dia berkata:
اسْتَيْقَظَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَعَلَ
يَمْسَحُ النَّوْمَ عَنْ وَجْهِهِ بِيَدِهِ
ثُمَّ قَرَأَ الْعَشْرَ الآيَاتِ الْخَوَاتِمَ مِنْ سُورَةِ آلِ عِمْرَانَ.
Maksudnya:
Pernah Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bangun tidur, lalu menghilangkan rasa mengantuk dengan cara
mengusapkan tapak tangannya pada wajahnya. Baginda kemudiannya membaca sepuluh
ayat terakhir surah ‘Ali Imran. - Hadis riwayat Imam
Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa
Qashruhaa, no: 763.
q Solat Sunat Dua Rakaat Sebelum Megerjakan Solat Tahajjud
Hendaklah dikerjakan solat dua rakaat yang ringan sebelum memulakan
solat Tahajjud. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ مِنْ اللَّيْلِ فَلْيَفْتَتِحْ صَلاَتَهُ
بِرَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ.
Maksudnya:
Jika salah seorang dari kalian ingin
melaksanakan solat malam, maka hendaklah dia memulai solat malamnya dengan
mengerjakan (solat) dua rakaat dengan agak cepat. - Hadis riwayat Imam Muslim dalamShahihnya, Kitab
Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 768.
Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata:
Al-Hafidz
Abu al-Fadhl bin al-Husain menyebutkan dalam kitab Syarah
al-Tirmidzi bahawa rahsia solat malam dimulai dengan dua rakaat
yang ringan adalah untuk segera melepaskan ikatan syaitan. – Rujuk kitab al-Hafidz Ibnu Hajar
al-’Asqalani, Fathul Baari jilid 6, ms. 273.
Pendapat di atas ini ada hubung-kaitnya dengan sabda Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam:
يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ
ثَلاَثَ عُقَدٍ.
يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ. فَإِنْ
اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ.
فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ. فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ.
فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ وَإِلاَّ أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ
كَسْلاَنَ.
Maksudnya:
Syaitan akan mengikat tengkuk salah
seorang di antara kamu apabila kamu tidur dengan tiga ikatan. Ia menepukkan
pada setiap ikatan; bagimu malam yang panjang maka tidurlah. Apabila kamu
bangun dan berzikir kepada Allah maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu
berwuduk maka terbuka pula satu ikatan. Apabila kamu bersolat terbukalah satu
ikatan. Maka di pagi hari kamu akan bersemangat dan merasa segar. Jika tidak
nescaya di pagi hari perasaannya buruk dan malas. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud,
no: 1142.
Dari hadis ini dapat kita simpulkan bahawa ikatan ketiga itu hanya dapat
dilepaskan setelah kita melakukan solat yang sempurna. Oleh itu solat dua
rakaat sebelum solat Tahajjud memainkan peranan tersebut.
Setelah itu dapatlah kita mengerjakan solat Tahhajud dengan
penuh semangat dan kesegaran. Wallahu’alam.
q Mengerjakannya Di Rumah
Adalah lebih utama sekiranya solat Tahajjud tersebut dilakukan
di rumah sendiri dan bukan di masjid. Ini adalah kerana Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam biasa melakukan solat Tahajjud di
rumahnya sendiri. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
فَعَلَيْكُمْ بِالصَّلاَةِ فِي بُيُوتِكُمْ!
فَإِنَّ خَيْرَ صَلاَةِ الْمَرْءِ فِي بَيْتِهِ إِلاَّ الصَّلاَةَ الْمَكْتُوبَةَ.
Maksudnya:
Hendaklah kalian solat di rumah kalian!
Kerana sebaik-baik solat seseorang itu adalah di rumahnya kecuali solat wajib. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil
Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 781.
q Doa Solat Tahajjud
Di dalam Shahih al-Bukhari terdapat satu doa khusus untuk
solat Tahajjud. Namun begitu terdapat perbezaan pendapat tentang di
mana hendak membaca doa tersebut. Ada yang menyatakan ianya dibaca ketika
berdiri hendak memulakan solattahajjud dan ada pula yang
beranggapan ianya diucapkan setelah takbiratul ihram sebagai
doa iftitah. Doa tersebut adalah sebagaimana diriwayatkan daripada
Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh, dia berkata: Biasanya Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam apabila solat di malam hari untuk tahajjud maka
baginda mengucapkan:
اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ
فِيهِنَّ
وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ
وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ
وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ
وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ
وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ
وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ
وَالسَّاعَةُ حَقٌّ
اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ
أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ
فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا
أَعْلَنْتُ
أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَوْ لاَ
إِلَهَ غَيْرُكَ.
Ya Allah, bagi Mu segala puji. Engkau
pencipta dan pemelihara (pengatur) langit dan bumi serta segala isinya. Bagi Mu
segala puji, kepunyaan Mu kerajaan langit dan bumi serta segala isinya. Bagi Mu
segala puji, Engkau adalah nur (cahaya) langit dan bumi. Bagi Mu segala puji,
Engkau lah penguasa langit dan bumi. Bagi Mu segala puji, Engkau adalah haq
(Maha Benar), janji Mu adalah benar, pertemuan dengan Mu adalah benar, firman
Mu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah
benar, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam adalah benar, dan hari kiamat
adalah benar. Ya Allah, hanya kepada Mu aku berserah diri, kepada Mu aku beriman,
kepada Mu aku bertawakal dan hanya kepada Mu aku kembali. Kerana Engkau aku
memusuhi dan hanya kepada Mu aku mengambil keputusan. Ampunilah aku atas segala
yang telah aku lakukan dan apa yang akan aku lakukan, apa yang aku rahsiakan
dan apa yang aku nyatakan. Engkau lah zat yang Maha Awal dan Maha Terakhir,
tidak ada sembahan kecuali Engkau.
Sufyan berkata: ‘Abdul Karim Abu Umayyah menambahkan:
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ.
Dan tidak ada daya serta kekuatan kecuali dari Allah. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari
dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1120.
q Membangunkan Ahli Keluarga Untuk Mengerjakan Solat Tahajjud
Hendaklah membangunkan ahli keluarga untuk mengerjakan solat Tahajjud.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:
رَحِمَ اللَّهُ رَجُلاً قَامَ مِنْ اللَّيْلِ فَصَلَّى ثُمَّ أَيْقَظَ
امْرَأَتَهُ فَصَلَّتْ.
فَإِنْ أَبَتْ نَضَحَ فِي وَجْهِهَا الْمَاءَ. وَرَحِمَ اللَّهُ امْرَأَةً
قَامَتْ مِنْ اللَّيْلِ فَصَلَّتْ
ثُمَّ أَيْقَظَتْ زَوْجَهَا فَصَلَّى. فَإِنْ أَبَى نَضَحَتْ فِي وَجْهِهِ
الْمَاءَ.
Maksudnya:
Semoga Allah merahmati seorang suami yang
bangun pada waktu malam lalu solat; kemudian dia membangunkan isterinya lalu
isterinya juga solat. Jika isterinya enggan maka si suaminya memercik wajah
isteri dengan air. Semoga Allah merahmati seorang isteri yang bangun pada waktu
malam lalu solat; kemudian dia membangunkan suaminya. Jika suaminya enggan maka
si isterinya memercik wajah suami dengan air. - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab
Qiyam al-Lail, no: 1592.
q Boleh Mengeraskan atau Memperlahankan Bacaan
Diperbolehkan untuk mengeraskan (jahr) dan memperlahankan (sirr)
bacaan ketika solat Tahajjud kerana Rasulullahshallallahu
‘alaihi wasallam pernah membaca dengan kedua-dua cara tersebut.
Daripada ‘Abdullah bin Abi Qais, dia berkata:
سَأَلْتُ عَائِشَةَ عَنْ وِتْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَتْ ...
كَيْفَ كَانَتْ قِرَاءَتُهُ أَكَانَ يُسِرُّ بِالْقِرَاءَةِ أَمْ يَجْهَرُ.
قَالَتْ: كُلَّ ذَلِكَ كَانَ يَفْعَلُ رُبَّمَا أَسَرَّ وَرُبَّمَا جَهَرَ...
Aku pernah bertanya kepada ‘Aisyah tentang
solat Witir Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam …: Bagaimanakah bacaan
Baginda ketika solat, adakah dengan suara keras atau suara yang perlahan?
Dia menjawab: Kesemua cara tersebut
baginda amalkan, kadang-kadang dengan suara perlahan dan kadang-kadang dengan
suara keras. – Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab
al-Sholaah, no: 1225.
Berkaitan dengan hal ini Imam al-Nawawi rahimahullah berkata:
Telah
banyak dibawakan hadis-hadis yang menerangkan keutamaan mengeraskan suara dan
hadis-hadis yang menjelaskan keutamaan merendahkan suara. Para ulamak berkata:
Untuk menggabungkan antara keduanya boleh dikatakan bahawa suara perlahan lebih
jauh dari perasaan riyak dan ini lebih utama bagi orang yang khuatir akan
memiliki perasaan riyak, namun apabila dia tidak takut riyak maka suara keras
itu lebih utama baginya dengan syarat tidak mengganggu orang lain yang sedang
solat, tidur atau selainnya. – Dinukil dari Shahih Fiqh as-Sunnah wa
Adillatuhu wa Taudhih Madzahib al-A’immah, jilid 1, ms. 647.
q Memanjangkan Kadar Waktu Mengerjakan Solat Tahajjud
Hendaklah memanjangkan berdiri ketika solat iaitu dengan membaca surah yang
panjang dan melamakan sujud tatkala solatTahajjud. Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda:
أَفْضَلُ الصَّلاَةِ طُولُ الْقُنُوتِ.
Maksudnya:
Solat yang paling utama adalah solat yang paling lama
berdirinya. Hadis riwayat Imam Muslim dalamShahihnya, Kitab Sholaatil
Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 756.
Daripada ‘Abdullah ibnu Mas’ud radhiallahu’ anh, dia berkata:
صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً فَلَمْ
يَزَلْ قَائِمًا حَتَّى هَمَمْتُ بِأَمْرِ سَوْءٍ.
قُلْنَا: وَمَا هَمَمْتَ. قَالَ: هَمَمْتُ أَنْ أَقْعُدَ وَأَذَرَ النَّبِيَّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
Maksudnya:
Aku pernah solat bersama Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam pada suatu malam, baginda tetap sahaja berdiri hingga aku ingin
melakukan perbuatan yang buruk. Kami bertanya: Apakah yang ingin kamu lakukan?
Dia menjawab: Aku ingin duduk dan membiarkan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam
bersolat sendirian. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab at-Tahajjud,
no: 1135.
Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah:
Dalam
hadis di atas terdapat keterangan bahawa Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam memilih untuk memperpanjangkan solat malam. Ibnu
Mas’ud adalah seorang yang kuat dan senantiasa mengikuti Nabishallallahu
‘alaihi wasallam. Tidak terdetik di dalam dirinya keinginan untuk duduk, melainkan
kerana panjangnya solat tersebut melebihi kebiasaan yang beliau lakukan. – Rujuk kitab karya Al-Hafidz Ibnu
Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 248.
Hendaklah juga membaca ayat-ayat al-Qur’an tersebut secara tartil dan suara
yang bagus. Ini sebagaimana firman AllahSubhanahu wa Ta’ala:
وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
…dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil"
(secara perlahan-lahan). – al-Muzammil (73) : 4
Daripada Hafshah radhiallahu’ anha, dia berkata:
وَكَانَ يَقْرَأُ بِالسُّورَةِ فَيُرَتِّلُهَا حَتَّى تَكُونَ أَطْوَلَ مِنْ
أَطْوَلَ مِنْهَا.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
ketika membaca surah (al-Qur’an) baginda membacanya dengan tartil hingga
seakan-akan surah itu lebih panjang dari biasanya. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya,Kitab
Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 736.
Disunnahkan juga membacanya dengan suara yang baik serta berlagu. Al-Bara’ bin ‘Azib radhiallahu’
anh berkata:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَيِّنُوا الْقُرْآنَ
بِأَصْوَاتِكُمْ
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Hiasilah (bacaan) al-Qur’an dengan suaramu. - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab
al-Iftitah, no: 1005.
Menurut Abu Hurairah radhiallahu’
anh:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ
لَمْ يَتَغَنَّ بِالْقُرْآنِ وَزَادَ غَيْرُهُ يَجْهَرُ بِهِ
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidaklah termasuk
golongan kami orang yang tidak melagukan (bacaan) al-Qur’an. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari
dalam Shahihnya, Kitab al-Tawhid, no. 7527.
Ingin penulis ingatkan bahawa mereka yang membaca surah atau ayat dari
al-Qur’an dengan laju dan tergesa-gesa adalah termasuk dalam golongan yang
mengambil sikap sambil lewa dalam beribadah. Menurut Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah:
Bacaan
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam itu
ialah secara panjang (perlahan-lahan). Baginda berhenti pada setiap ayat dan
memanjangkan suaranya.” – Syaikh Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jilid 1, ms 338.
Namun demikian janganlah kita keterlaluan dalam melagukan bacaan al-Qur’an
sehingga bertentangan dengan peraturan-peratutan (tajwid – pen) dalam
membacanya. Syaikh Kamal al-Sayyid Salim berkata:
Maksud melagukan bacaan al-Qur’an adalah dengan
membaguskan suaranya secara keras dan melantunkannya dengan nada yang lembut
sehingga mempengaruhi jiwa dan dapat mengalirkan air mata dengan syarat tidak
keluar dari aturan membaca yang benar menurut ahli
Qira’at. Adapun bacaan yang meliuk-liuk dengan
nyanyian yang di luar batasan sehingga menyebabkan keluar dari semestinya, maka
jumhur ulamak tidak menyukainya (makruh). Wallahu
a’lam. - rujuk Abu Malik Kamal bin As-Sayyid
Salim,Shahih Fiqh as-Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih Madzahib al-A’immah,
jilid 1, ms. 645.
Hanya sahaja pendek atau panjangnya bacaan ketika solat bergantung kepada
kemampuan masing-masing kerana Nabishallallahu ‘alaihi wasallam tidak
pernah menetapkan bacaan tertentu untuk solat Tahajjud ini.
Sekiranya tidak mampu menghafal surah yang panjang, memadailah dengan apa yang
termampu untuk dibacakan. Dari Abi Sa’id radhiallahu’ anh, dia
berkata:
أُمِرْنَا أَنْ نَقْرَأَ بِفَاتِحَةِ
الْكِتَابِ وَمَا تَيَسَّرَ.
Maksudnya:
Kami telah diperintah (oleh Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam) supaya kami membaca al-Fatihah dan apa-apa
(ayat/surah) yang mudah (bagi kami). - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab
al-Sholaah, no: 695.
Dalil tentang memanjangkan sujud
pula adalah sebagaimana yang telah diperjelaskan oleh ‘Aishah radhiallahu’ anha:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي
إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً.
كَانَتْ تِلْكَ صَلاَتَهُ
يَسْجُدُ السَّجْدَةَ مِنْ ذَلِكَ قَدْرَ مَا يَقْرَأُ أَحَدُكُمْ خَمْسِينَ آيَةً
قَبْلَ أَنْ يَرْفَعَ رَأْسَهُ.
Maksudnya:
Sesungguhnya
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa solat
(malam) sebelas rakaat, demikianlah solat yang baginda lakukan. Baginda
melakukan satu kali sujud dari sebelas rakaat itu seperti lamanya seperti salah
seorang dari kalian membaca lima puluh ayat sebelum baginda mengangkat
kepalanya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud,
no: 1123.
Sujud tersebut dipanjangkan
kerana baginda shallallahu ‘alaihi wasallam memperbanyakan doa ketika
sujud. Ini sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:
أَقْرَبُ مَا يَكُونُ
الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ.
Maksudnya:
Saat yang paling dekat bagi seorang hamba
untuk berada di samping Tuhannya, ialah ketika dia sujud. Dari itu hendaklah kamu
memperbanyakan doa ketika sujud itu. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya,Kitab
al-Sholaah, no: 482.
Demikianlah beberapa
amalan yang sabit datangnya daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam yang sepatutnya kita berusaha untuk mencontohinya demi untuk
mencapai kesempurnaan ketika mendirikan solat Tahajjud.
KESUNGGUHAN RASULULLAH DALAM
MELAKSANAKAN SOLAT TAHAJJUD
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah seorang insan
yang telah dijamin oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala akan masuk
ke syurga. Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam juga merupakan
sebaik-baik manusia malah digelarSayyid al-Mursalin iaitu penghulu
segala Rasul. Baginda merupakan seorang insan yang maksum dan bebas dari
sebarang bentuk dosa. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ
وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا
Kemenangan yang dengan sebabnya Allah
mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan
menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang
lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya). – al-Fath (48) : 2
Walaupun dengan kedudukan baginda shallallahu ‘alaihi wasallam yang
sebegini sempurna tetapi baginda tetap bersungguh-sungguh dalam mengerjakan
solat Tahajjud sehingga bengkak-bengkak kakinya. Isterinya
‘Aishahradhiallahu’ anha melihat sendiri kesungguhan luar biasa
baginda ini dan beliau hairan kenapa Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam masih ingin bersusah payah melakukan ibadah tersebut
sedangkan dia adalah seorang yang maksum. Kisah ini telah disampaikan oleh
‘Aishah radhiallahu’ anha sendiri di dalam sebuah hadis:
أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُومُ مِنْ
اللَّيْلِ حَتَّى تَتَفَطَّرَ قَدَمَاهُ.
فَقَالَتْ عَائِشَةُ: لِمَ تَصْنَعُ هَذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَقَدْ غَفَرَ
اللَّهُ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ.
قَالَ: أَفَلاَ أُحِبُّ أَنْ أَكُونَ عَبْدًا شَكُورًا.
Maksudnya:
Sungguh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam
solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. ‘Aishah berkata kepada baginda:
Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal Allah telah
mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang. Baginda bersabda:
Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur? - Hadis riwayat Imam al-Bukhari
dalam Shahihnya, Kitab Tafsir al-Qur’an, no: 4837.
Peristiwa
yang sama juga telah dikhabarkan dari al-Mughirah radhiallahu’ anh, dia
berkata:
إِنْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيَقُومُ
لِيُصَلِّيَ حَتَّى تَرِمُ قَدَمَاهُ أَوْ سَاقَاهُ.
فَيُقَالُ لَهُ فَيَقُولُ: أَفَلاَ أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا.
Maksudnya:
Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam biasa berdiri (untuk solat malam) hingga kedua kakinya atau kedua
betisnya bengkak. Dikatakan kepadanya maka baginda bersabda: Apakah aku tidak
ingin menjadi hamba yang bersyukur? - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab
at-Tahajjud, no: 1130.
Sekarang kita bandingkan amalan
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ini dengan diri kita sendiri
yang bergelumang dengan dosa dan untung nasib kita di Hari Pengadilan juga
belum dipastikan sama ada syurga atau neraka. Kenapa kita tidak mahu
bersungguh-sungguh dalam melaksanakan solat Tahajjud ini? Adakah kita
menganggap diri kita sebanding atau lebih baik daripada
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam? Renungilah akan hal ini dengan
mendalam wahai pembaca yang budiman.
KEUTAMAAN SOLAT TAHAJJUD
Allah Subhanahu wa Ta’ala mengurniakan pelbagai keutamaan yang besar
bagi mereka yang melaksanakan solatTahajjud ini sebagaimana yang akan
penulis paparkan di sini.
q Dikurniakan Kedudukan Yang Terpuji.
Mereka yang mengerjakan ibadah pada malam hari akan dikurniakan kedudukan
yang terpuji lagi mulia di sisi AllahSubhanahu wa Ta’ala pada hari akhirat
kelak yakni dengan menjadi ahlul jannah (ahli syurga). Ini
sebagaimana Firman-Nya:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ
نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
Maksudnya:
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah
"solat Tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga
Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. - al-Israa’ (17) : 79
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ
آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ
كَانُوا قَبْلَ ذَٰلِكَ مُحْسِنِينَ
كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا
يَهْجَعُونَ
وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa
adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair
terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat
yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu
adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit
sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam
(sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). - al-Dzaariyaat (51) : 15-18
q Memudahkan Seseorang Untuk Menjadi Ahli Syurga
Bagi mereka yang mendirikan solat Tahajjud akan memudahkan baginya untuk
menjadi ahli syurga.
Daripada ‘Abdullah Ibnu Salam bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam pernah bersabda:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلاَمَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوا
بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلاَمٍ.
Maksudnya:
Wahai manusia, tebarkan salam di antara
kalian, berilah makan (kepada mereka yang memerlukannya, sambunglah silaturrahin,
dan solatlah pada malam hari pada ketika manusia terlelap dalam tidur, maka
kalian akan masuk Syurga dengan damai. – Hadis riwayat Imam Ibnu
Majah dalam Sunnannya, Kitab Iqaamah al-Sholaah, no. 1334.
q Dikurniakan Bilik Khas Di syurga Nanti
Di dalam syurga juga terdapat bilik yang khusus bagi mereka yang
mengerjakan solat Tahajjud. Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
إِنَّ فِي الْجَنَّةِ غُرَفًا تُرَى ظُهُورُهَا مِنْ بُطُونِهَا وَبُطُونُهَا
مِنْ ظُهُورِهَا فَقَامَ أَعْرَابِيٌّ.
فَقَالَ: لِمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ.
قَالَ: لِمَنْ أَطَابَ الْكَلاَمَ وَأَطْعَمَ الطَّعَامَ وَأَدَامَ الصِّيَامَ
وَصَلَّى لِلَّهِ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ.
Maksudnya:
Sesungguhnya di dalam syurga terdapat
bilik-bilik yang bahagian luarnya terlihat dari dalam dan bahagian dalamnya
terlihat dari luarnya. Kami bertanya: “Untuk siapakah (bilik-bilik itu) ya
Rasulullah?” Sabda baginda: “Kamar-kamar itu Allah sediakan untuk orang yang
bercakap dengan lemah lembut, memberikan makanan, senantiasa melakukan ibadah
puasa dan mendirikan solat semata-mata kerana Allah pada waktu malam di saat
manusia lain sedang tidur.” - Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Bir wa
al-Sholaah, no: 1907.
q Membentuk Keperibadian Yang Mulia
Mendirikan solat Tahajjud dapat membentuk keperibadian mulia
seperti tawadhu’ (merendah diri), bertakwa, menghindari sikap sombong
dan pemurah dengan sedekah jariah.
وَعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ
عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا
وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ
سُجَّدًا وَقِيَامًا
Maksudnya:
Dan hamba-hamba (Allah) al-Rahman (yang
diredhai-Nya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan
apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada
mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak
diingini; dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan
ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri. - al-Furqaan (25) : 63-64
إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ
إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ
لَا يَسْتَكْبِرُونَ
تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ
يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ
مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Maksudnya:
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman
kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi
peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri
sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih
serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana
mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada
Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan
ingin memperolehi lagi (keredhaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan
sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. Maka tidak ada seseorang pun
yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka
(dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai
balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan. - al-Sajda (32) : 15-17
q Ditinggikan Darjat Bagi Mereka Yang Solat Tahajjud.
Darjat mereka yang mengerjakan solat Tahajjud ini adalah lebih
tinggi dari mereka yang tidak mengerjakannya di sisi AllahSubhanahu wa Ta’ala.
أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ
الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ
إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ
Maksudnya:
Adakah orang yang berbakti kepada Allah
pada waktu malam, bersujud serta berdiri dan takut pada siksa hari akhirat dan
mengharap rahmat Tuhannya itu akan sama dengan orang yang tidak sedemikian.
Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan
orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat
mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. - al-Z’Umar (39) : 9
q Termasuk Dalam Golongan Yang Dicintai Allah
Bagi mereka yang bangun pada malam hari untuk mengerjakan
solat Tahajjud, mereka termasuk dalam golongan yang dicintai oleh
Allah Subhanahu wa Ta’ala
Daripada Abu Dzar, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda
bersabda: Ada tiga golongan orang yang dicintai Allah… (yang di antaranya
adalah)
رَجَلٌ سَافَرَ مَعَ قَوْمِ فَارْتَحَلُوْا حَتَّى إِذَا كَانَ مِنْ آخِرِ
اللَّيْلِ وَقَعَ عَلَيْهِمْ الْكَرَى أَوِ النُّعَاسُ
فَنَزَلُوْا فَضَرَبُوْا بِرُؤُوسِهِمْ ثُمَ قَامَ فَتَطَهَّرَ وَصَلَّى
رَغْبَةً للهِ عَزَّ وَجَلَّ وَرَغْبَةً فِيْمَا عِنْدَهُ.
Maksudnya:
Seorang yang bermusafir bersama sekelompok
orang lalu mereka berangkat hingga apabila tiba waktu akhir malam, mereka
mengantuk lalu mereka turun (dari kenderaan) dan tertidur, sementara lelaki itu
bangkit lalu berwuduk dan solat kerana cinta kepada Allah, dan cinta pada apa
yang berada di sisi-Nya. – Hadis riwayat Imam al-Thabrani dalam al-Sunan al-Kubra
q Mudah Untuk Khusyuk.
Pada malam yang hening lagi damai menyebabkan minda seseorang itu merasa
tenang. Lantaran itu solat pada waktu malam sebegini terutamanya ketika
sepertiga malam yang akhir memudahkan kita untuk mengerjakannya dengan penuh
khusyuk dan bacaan yang lebih baik. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ
وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا
Maksudnya:
Sebenarnya solat dan ibadat malam lebih
kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. – al-Muzzammil (73) : 6
q Mendekatkan Diri Kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala
Solat Tahajjud dapat mendekatkan diri kita kepada
Allah Subhanahu wa Ta’ala, menutup kesalahan kita yang lalu serta
menghapuskan dosa-dosa kita. Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأَبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ
وَإِنَّ قِيَامَ اللَّيْلِ قُرْبَةٌ إِلَى اللَّهِ
وَمَنْهَاةٌ عَنْ الْإِثْمِ وَتَكْفِيرٌ لِلسَّيِّئَاتِ.
Maksudnya:
Hendaklah kalian melaksanakan solat malam
kerana solat malam itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian,
ibadah yang mendekatkan diri kepada Tuhan kalian, serta penutup kesalahan dan
penghapus dosa. - Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab
al-Da’waat, no: 3472.
Demikianlah beberapa keutamaan yang dapat
diperolehi bagi mereka yang mengerjakan solat Tahajjud. Jelaslah
bagi kita bahawa untuk mereka yang mengerjakan solat Tahajjud, mereka
akan mendapat limpah kurnia daripada AllahSubhanahu wa Ta’ala yang
tidak ada tolok bandingnya sedangkan bagi mereka yang meninggalkan ibadah yang
mulia ini, mereka mengalami kerugian yang amat besar. Sekiranya seseorang itu
sedang menghadapi keadaan yang sukar ataupun ditimpa kesusahan maka pohonlah
pertolongan Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui solat Tahajjud ini.
Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika
hendak menghadapi perang Badar dan Tabuk yang merupakan satu ujian yang besar
bagi umat Islam, baginda telah melakukan solat Tahajjud ini
untuk memohon pertolongan serta perlindungan daripada Allah Subhanahu
wa Ta’ala. Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ غَزْوَةِ
تَبُوكَ قَامَ مِنْ اللَّيْلِ يُصَلِّي
فَاجْتَمَعَ وَرَاءَهُ رِجَالٌ مِنْ أَصْحَابِهِ
Bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam melakukan solat malam (Tahajjud) pada saat perang Tabuk, maka para
sahabat berkumpul di belakang baginda untuk menjaganya sampai baginda
menyelesaikan solatnya dan berpaling menghadapi mereka. – Hadis riwayat Imam Ahmad
dalam Musnadnya, no: 6771.
Sumber: PANDUAN SOLAT SUNAT CARA NABI S.A.W. Penulis: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus Disemak oleh: Ustaz Mohd Fikri Che Hussain. Diterbitkan oleh:Hafiz Firdaus Abdullah
0 komentar:
Post a Comment